Saturday, September 28, 2019

PART5 - Aktiviti Fizikal

Asalammualaikum & hi guys !

Harini last saya buat blog untuk uguys , saya nak share ada beberapa peringkat aktivit fizikal yang kita boleh lakukan.

Kita disarankan untuk memperbanyakkan aktiviti fizikal setiap hari, lebih-lebih lagi kepada mereka yang sedang cuba menurunkan berat badan. Setiap tahap aktiviti fizikal pula mempunyai manfaat yang tersendiri. 
  • Aktiviti Fizikal Tahap Rendah
Aktiviti fizikal di tahap ini lazimnya menjadi sebahagian daripada rutin seharian anda seperti menaiki tangga, memasak, membersihkan rumah, berkebun dan sebagainya. Tahap aktiviti ini biasanya akan membakar lebih kurang 150 kalori bagi individu dengan berat yang normal. Jumlah kalori yang dibakar bergantung kepada berat badan dan juga jenis aktiviti.

Contoh aktiviti ringan ialah berjalan santai, memasak, menyapu lantai dan berkebun. Manfaat kesihatan daripada aktiviti ringan ini termasuklah mengurangkan tahap kolesterol dan lemak tubuh serta memperbaiki tekanan darah dan kesihatan metabolik
  •  Aktiviti Fizikal Tahap Sederhana
Aktiviti di tahap ini pula akan menguji daya ketahanan kardiovaskular anda. Lakukan aktiviti fizikal tahap sederhana selama 20-60 minit, 3-5 kali seminggu. Gabungkan latihan kardio, latihan kekuatan otot dan regangan di dalam aktiviti ini. Berikut ialah contoh aktiviti fizikal intensiti sederhana:

  • Berjoging (30 minit, 3 kali seminggu)
  • Berjalan pantas (30 minit, 3-5 kali seminggu)
  • Latihan beban (8 jenis senaman, 2 kali seminggu)
Mereka yang melakukan aktiviti fizikal di tahap sederhana akan memperoleh lebih banyak manfaat daripada melakukan aktiviti ringan termasuklah;

  • Meningkatkan tahap kesihatan jantung
  • Meningkatkan tahap kekuatan, daya tahan dan kelenturan otot.
  • Mengurangkan risiko mengidap penyakit serius seperti artritis, penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

  • Aktiviti Fizikal Tahap Tinggi
Aktiviti berintensiti tinggi merujuk kepada mereka yang bersenam lebih dari 4 kali seminggu, selama 20-60 minit untuk setiap sesi. Contoh aktiviti fizikal yang berat termasuklah;


  • Berlari (45 minit, 3 kali seminggu)
  • Senaman HIIT (2 kali seminggu)
  • Latihan beban (3 kali seminggu)
Mereka yang melakukan senaman berintensiti tinggi akan mengalami peningkatan dari segi kecergasan yang lebih menyeluruh. Tetapi risiko kecederaan sendi dan otot juga turut meningkat sekiranya anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga.


Apa sahaja tahap aktiviti yang anda lakukan adalah lebih baik daripada tidak aktif langsung. Gaya hidup sebegini akan mengundang kepada masalah obesiti, penyakit jantung dan diabetes. Oleh itu, gunakan panduan ringkas ini untuk menentukan tahap fizikal anda sekarang dan ambil langkah serius dalam usaha meningkatkan tahap aktiviti anda selepas ini.

Monday, September 23, 2019

PART 4 - Tips Berhenti Merokok 🚬

Hii you alls !
Bersama saya lagi dalam Tips Penjagaan Kesihatan.

Okay hari ini saya nak share tips bagaimana berhenti merokok 🙆🏻‍♀️

Macam yang kamu semua tahu merokok adalah sangat merbahaya untuk bayi , kanak-kanak mahupun orang dewasa 🧐



Bagaimanapun, disebabkan ketagihan, perokok merasa sangat sukar untuk menghentikan tabiat merokok walaupun mereka mahu berhenti merokok.
Saya berikan beberapa tips untuk mereka yang ingin berhenti merokok !

Langkah 1 - Mempunyai perancangan, tetapkan tarikh berhenti.

Selepas menetapkan tarikh berhenti, beri perhatian lebih kepada pemakanan anda kerana apa yang anda makan boleh sedikit sebanyak mengurangkan ketagihan terhadap rokok dan tembakau. Ambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Di samping itu minum susu sangat membantu daripada segi berhenti merokok kerana rasa tenusu membuatkan kurang cenderung untuk merokok.

Langkah 2 - Mohon Sokongan Dari Ahli Keluarga.


Beritahu keluarga dan rakan-rakan mengenai keputusan anda berhenti merokok dan minta sokongan mereka. Luangkan masa dengan orang yang berjaya melepaskan diri daripada merokok dan minta nasihat. 'Ceramah-ceramah kecil' ini akan menjadi insentif untuk anda.

Langkah 3 -Sibukkan Diri Dengan Kerja.

Ramai orang tidak boleh berhenti merokok kerana hakikat bahawa mereka merokok apabila merasa bosan dan tertekan. Jangan biarkan diri anda mencari bantuan daripada nikotin. Alihkan diri dengan menyertai aktiviti fizikal yang sememangnya memberi manfaat kepada kesihatan, selain mengubah emosi negatif anda. Tambahan pula, memecahkan peluh juga meningkatkan perasaan anda, kawalan diri, sambil mengurangkan impulsif untuk mendapatkan rokok atau tembakau.
Langkah 4 - Elak Bersama Perokok

Elakkan pencetus merokok. Jangan tinggal bersama perokok dan berada di tempat merokok terlalu lama. Mereka boleh mencetuskan kembali keinginan untuk merokok. Sebaliknya, luangkan masa dengan orang yang tidak merokok atau orang yang berjaya berhenti merokok. Buang semua rokok, pemetik api dan bekas rokok anda.

Langkah 5 - Reward Untuk Diri.


Beri ganjaran pada diri anda. Berhenti merokok tidak semudah yang anda harapkan. Oleh itu, setiap hari berlalu tanpa rokok atau tembakau adalah satu kejayaan. Ingatlah untuk memberi penghargaan kepada diri sendiri. Dengan wang yang biasanya anda habiskan untuk merokok, anda kini boleh membelanjakannya kepada perkara lain yang lebih perlu.

Berhenti merokok sukar, tetapi berbaloi. Masa lebih lama dan semakin banyak merokok, semakin besar kemungkinan anda akan mati segera akibat kanser. Oleh itu, cubalah berhenti merokok secepat mungkin.
Terima Kasih Membaca! 

Monday, September 16, 2019

PART 3 : Cara Pengurusan Stress

Hye ! I'm back 😍

Hari ini saya nak share bagaimana kita nak uruskan stress .

Korang tahu tak stresa tu apa ? 

Haa , Stres atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan.

Adakah stress itu sesuatu yang bahaya ?

Jawapannya ialah tidak !


Bila stres rendah, hasil kerjanya juga rendah kerana kurangnya motivasi dan tumpuan kepada kerja.

Bila stress berada di peringkat tinggi, seseorang itu akan mengalami tekanan dan menunjukkan tanda-tanda stress.

Stress di peringkat sederhana adalah yang paling baik kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang itu.


  • Mengurangkan Stress dengan Bersenam.
Image result for jogging


    Jika saya rasa tertekan saya akan berbasikal dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.Dengan berjoging ia akan membantu mengurangkan stress. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi ruang untuk kita mencari ilham baru. Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.

  • Tidur Yang Mencukupi.
Image result for tidur

Tidur yang cukup dan pada waktu yang ditetapkan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari. Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita . Ia juga menjadikan kita seseorang yang optimis dan membuat kita segar selepas mendapatkan tidur yang cukup.


  • Eratkan Hubungan dengan Kawan-Kawan dan Ahli Keluarga.

Image result for erat hubungan dengan kawan

Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan 'mencairkan, masalah. Kita juga mungkin terlupa siapa yang selalu ada dengan kita. Kita boleh berkongsikan masalah yang kita hadapi kepada ahli keluarga dan rakan yang rapat, dengan itu kita dapat mengurangkan beban yang kita hadapi.






Wednesday, September 11, 2019

PART 2 - Apa Yang Akan Terjadi Jika Semua Minuman Bergula Digantikan Dengan Air Putih 🥛

Hi guys 👋 , hari ini saya nak kongsikan apa kelebihan jika kita minum air putih 🤔

Korang nak tahu tak ? Menurut H.H Mitchell air adalah penting untuk semua benda yang hidup . Bagi orang dewasa badan mereka terdiri daripada 60% elixir kehidupan manakala otak dan jantung mempunyai 75% , paru- paru 83% . 

Antara manfaat mengamalkan air putih untuk menggantikan air manis 🤗

      1. Kurangkan Berat Badan


Dengan minum air kosong yang banyak, ia membantu membuang lemak by-product, mengurangkan kadar pengambilan makanan berlebihan (bila perut penuh mesti kurang nafsu makan) dan meningkatkan metabodilisme. Minum air kosong boleh katakan zero kalori kut!

      2. Membuang Toksin


Buang segala toksin yang memudaratkan menerusi senaman apabila berpeluh dan membuang air kecil. Ia juga boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan pundi kencing.

     3.  Kulit Menjadi Lebih Segar



Ia membantu melembabkan kulit, nampak lebih segar, gebu, bersinar dan licin. Malah, ia juga melewatkan kadar penuaan dan kedut. Amalkan minum air kosong pasti kamu bila dah meningkat usia nanti jadi lebih awet muda . 

     4. Penghadaman Yang Baik



Proses penghadaman makanan merupakan satu perkara amat penting untuk kesihatan. Air merupakan elemen penting untuk perut menghadamkan makanan dan boleh menjauhkan kamu daripada sembelit.

       5. Meningkatkan Sistem Imunasi

Orang yang sentiasa amalkan minum air kosong biasanya susah jatuh sakit. Dengan air mencukupi kamu akan sukar untuk demam selesema dan penyakit lebih serius yang lain. Tapi, gaya pemakan kenalah jaga juga, ya! 


        6. Elak Risiko Sakit Kepala

Membantu melegakan dan mengelak daripada sakit kepala, sakit belakang dan juga migrain. Ketiga-tiga simptom itu biasanya disebabkan dehidrasi.